Barisan Alternatif
Barisan Alternatif

Barisan Alternatif

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Barisan Alternatif (BA) merupakan gabungan parti politik yang terdiri daripada parti-parti pembangkang utama di Malaysia demi mengurangkan majoriti kerajaan Barisan Nasional (BN). BA ditubuhkan pada 1999 dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Ianya terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).BA tidak pernah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan. Tidak ada mana-mana pihak sama ada DAP, PKR mahupun PAS yang mahu mengusahakan pendaftaran Barisan Alternatif kerana merasakan pertubuhan politik secara rasmi tidak diperlukan. Oleh itu logo Barisan Alternatif tidak boleh digunakan semasa mana-mana pilihan raya kerana ia bukanlah satu parti yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, menurut subperaturan 11 (2) (c) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.[1] Semasa pilihan raya, hanya simbol parti yang bertanding dibenarkan digunakan.[2]